
Jam da tepat menunjukkan pukul 10 pagi, eh, aku mencari cari ayah di dalam kawasan rumah, " ayah, ayah..
sahutan dibalas " ye... " ayah ku yang sedang asyik membelik Berita Harian menyahut sambil belabuh di kerusi malasnya. aku tersenyum sambil menghampiri ayahku " ayah , hari ini tolong bawak kan ke pejabat, ade bahan tertinggal, nak kena siapkan report ni. Report yang perlu dilaporkan atas apa kaji selidik yang aku lakukan untuk memenuhi kehendak pensyarah ku, aku memilih tajuk kemudahan atau kelengkapan di pejabat pejabat pada masa kini, simple je tajuk nya senang aku nak siapkan report, lagipun tajuk macam ni jarang orang terfikir sebab orang jarang mengambil berat keperluan hariaan mereka, kalau tak percaya, pernah kah korang mengambil berat tentang pakai kecil korang, hah, mesti main sarung je kan, if korang jawab pernah, ok, nak tanye da berape lame korang gunakan nya? ingat tak tahun bila korang guna, hah, penting tau, sebab kita untuk menjaga kebersihan kita, paling tidak, harus tukar selepas menggunakan lebih dari 2 tahun tau. hah, betul tak teori mia, jarang orang mengambil berat keperluan asas yang macam ni,


aku melabuh tubuh ku di sofa merah ibuku, aduh letihnya mia, padahal tak buat ape ape pun , ala ni letih sebab asyik batuk je dari tadi, nak mule diserang bak anak ria ni , a.k.a bakteria. macam biasa fb di onkan tetibe nampak ain,
ting... im dari ain
anis: oit
mia : oit
anis: ko wat pe je ari ni
mia: wat bodo
anis: ko tak yah buat, dah azali kan
mia: ceh, tengkorak idup punya kawan
anis: indu ko la mia
mia: aku pun, aku da telepas 2 subuh tau
anis: mesti sb aku tak de kan nak kejutkan ko
mia: pandai pun ko, ko la kwn akhirat aku
anis: aiii, dunia nya mana?
mia: dunia? nak wat pe, sementara, akhirat bepanjangan
anis: huhu nasib baik ko pandai jawab. eh jom skype aku mls nak taip la
mia: cantek, owrite otw
skype dionkan, hah nampak la muka si anis sambil melambai lambai, sengal tul la kawan aku sorang nih, tapi aku sayang dia, da macam macam kami lalui together ,
aku pun membalas lambaian anis, borak punya borak sampai la asar,
" aku nak kene solat asar la anis, da lewat nih, out dulu k" sambil tumb up di tujukan ke anis
anis dengan tesengih sengih membalas tumb up aku , sengih tu sebab die pun tak solat lagi.
skype kami disambung kembali session 2 di waktu malam, tapi sekejap je, sebab masing masing da keletihan, esok hari nak kena bangun awal pula, aku nak berturut serta dengan bonda tercinta going to pick my lil sis balik, tedetik dalam hati boleh la beduet main gitar dengan die, ini tak sorang sorang bosan. baru aku teringat alamak baju tak basuh lagi, rabu ni the whole family nak becuti di rumah akak tercinta, best jugak nih, pergi meriahkan rumah kecilnya, maklumla baru berumah tangga, sambil tesenyum senyum, aku memadamkan netbook ku, dan seperti biase menutup lampu bilik ku.